KENTANG PUTAR
1. Potong kecil (dice) kentang (2 biji sederhana besar) dan rebus hingga empuk.
2. Kemudian tumbuk kentang ( dgn botol isi air atau ape- ape pun boleh)
3. Panaskan butter (separuh bahagian dari sebuku) dalam kuali, masukkan 2 biji bawang putih dan kentang yang telah di lenyek.
4. Masukkan cooking cream (1/2 kotak kecil) atau (1/2 cawan susu segar) , kalau suka adunan cair masukkan lebih cooking cream/susu segar, gaul rata dan campurkan telur ( 1 biji di pukul terlebih dahulu) kemudian kacau rata.
5. Akhir masukkan garam ( ikut rasa) , lada hitam dan tambahkan sedikit lagi butter( kalau suka).
SOS LADA HITAM
Untuk sosnya pulak,kita perlukan:
2 sudu besar butter
11/2 sudu besar tepung gandum
sedikit bawang besar
1 ketul kiub ayam
2 cawan air
sedikit kicap manis/kicap pekat
garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam
sedikit gula (kalau perlu)
CARA-CARANYA
2. Setelah cair masukkan tepung gandum dan kacau selalu hingga rata
3. Masukkan bawang, kacau hingga naik bau
4. Masukkan kiub ayam serta air dan kacau sebati
5. Tambahkan kicap pekat/kicap manis, lada hitam dan kacau hingga likat
[kalau sos kurang likat masukkan sedikit tepung jagung - bancuh tepung jagung dengan sedikit air terlebih dahulu]
Ok sila lah adik-adik / anak-anak mencubanya ye, kalau ok respond Mak Long balik, selamat mencuba !!!
Kentang Putar bersama Sos Lada Hitam
No comments:
Post a Comment