Bahan-bahan nya:
6 ekor ikan lumi
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/4 inci halia
4 sudu makan lada kering yang telah di mesin (cili boh)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai ( kalau suka)
Sedikit air asam pekat atau air limau nipis
Garam
Daun pisang atau aluminium foil
Cara nya:
1. Mesin bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Kemudian dalam mangkuk masukkan bahan mesin tadi, cili kering mesin, serbuk kunyit, air asam dan garam. Gaul rata dan kemudian masukkan ikan dan gaul bersama ikan sehingga rata.
3. Ambil aluminium foil dan masukkan ikan yang telah digaul bersama rencah tadi, susun ikan sebaris. Belah serai kemudian letak di atas ikan tadi.
4. Tutup rapat aluminium foil dan kemaskan di kedua-dua hujungnya supaya semasa bakar air ikan tidak terkeluar.
5. Akhirnya bakar di dalam kuali magic atau bakar di atas pembakar atau kuali. Setelah 20 minit belah sedikit bahagian atas aluminium dan biarkan terbuka supaya air di dalam nya kering sedikit. Sentuh dengan jari jika lembut ikan telah masak dan sedia di hidangkan.