Urap adalah salah suatu jenis makanan yang di sediakan oleh orang Johor sebagai makanan pelengkap dalam hidangan makanan bersama nasi. Sekali imbas jika di lihat urap serupa dengan kerabu tetapi ianya jauh berbeza dalam penyediaannya. Di bawah ini Mak Long sediakan resepi urap pegaga bersama daun cekur kerana ianya mudah di dapati di kampung-kampung dan di pasar.
Bahan-bahan nya:
2 genggam daun pegaga (boleh tambah daun ulaman lain)
10 helai daun cekur ( daun wajib mesti ada)
3 ulas isi cekur ( jika ada lebih baik sebab aroma nya membangkit selera)
1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
Sedikit belacan (jika suka)
6 biji cili padi ( lebihkan jika suka pedas)
Garam
Cara nya:
1. Basuh pegaga dan daun cekur, kemudian hiris kasar.
2. Goreng ikan bilis, bawang besar, belacan.
3. Mesin cili padi dan isi cekur bersama ikan bilis, bawang dan belacan yg telah di goreng tadi.
4. Bahan yang telah di mesin di masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama kelapa parut dan garam hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan daun-daun yang telah di potong dan gaul lagi supaya rata dan rasa.
NOTA: ( i ) boleh juga guna daun selum
( ii ) kalau nak masukkan pucuk ubi pastikan ianya di rebus sampai masak kemudian di perah hingga air nya kering baru di potong.
No comments:
Post a Comment