Friday 31 January 2014

RESEPI: PUDING ROTI


Setelah Mak Long cuba resepi ni memang sedap dan mudah untuk menyediakan nya, apatah lagi bahan-bahan nya juga mudah untuk mendapatkan nya. Mak Long memang suka puding, bila dapat puding yang dapat memenuhi rasa tekak ini, amat puashati. Sebenar nya resepi ini Mak Long dapat dari Majalah Rasa kepunyaan Mak Su. Bila nampak resepi ini terus cuba dan hasilnya sangat puashati.
Resepi ini Mak Long ubah ambil separuh dari resepi asal kerana resepi asal terlalu banyak.

Bahan-bahan nya:

1   peket agar-agar jenis tali - ambil separuh sahaja
1   liter air
5   keping roti
250 ml susu cair tin (evaporated milk) atau santan pekat
125 ml susu pekat
60 gm gula
120 gm serbuk milo
1 biji telur
Secubit garam

Caranya:
1.  Didihkan agar-agar bersama air dan gula di dalam periuk.Biarkan sehingga larut gula nya.
2.  Satukan susu pekat bersama santan atau susu cair, telur, roti dan juga secubit garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
3.  Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau dengan api perlahan sehingga agak pekat dan angkat.
4.  Ambil lima senduk agar-agar dan bancuh bersama milo hingga hancur.
5.  Sediakan bekas atau loyang masukkan agar-agar yang berwarna putih berselang seli dengan perasa milo.
6.  Biarkan sejuk sebentar dan masukkan dalam peti sejuk dan potong.

NOTA: resepi asal guna santan pekat
   

                                    

Wednesday 15 January 2014

RESEPI MAK TOK "GULAI ASAM PEDAS IKAN PARANG"

Resepi ini terkenal di kalangan orang Johor. Kalau mereka berasal dari negeri Johor tidak tahu cara nak masak gulai asam pedas ini bermakna mereka bukan orang Johor asli. Cara masak mungkin ada berbeza sedikit di antara mereka ada yang tambah belacan dan lain-lain tetapi secara am nya semua orang Johor sememang nya tahu masak gulai ini. Kalau tak percaya pergi ke bandar Muar dan Batu Pahat memang banyak kedai makan yang menghidangkan gulai ini samada gulai asam ikan kembong, ikan mayung (terutama kepala ikan mayung), ikan duri, ikan merah dan lain-lain.

Resepi ini adalah resepi keluarga dan kami suka makan gulai asam ikan mayung atau ikan duri, sementah lagi kampung kami terletak tidak jauh dari Pekan Parit Jawa di mana nelayan laut mendarat di jeti Parit Jawa, Muar. Ini adalah resepi Mak Tok.

Bahan-bahan nya:

2  ketul ikan parang (badan nya)
1/2 biji bawang besar (bawang kecil pun boleh - )
3 biji bawang putih (besar)
1/4 inci halia
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan cili boh (pedas ikut suka - cili mesin sendiri lebih sedap)
3 1/2 cawan air
garam ikut rasa
air asam jawa (kalau guna asam extra lebih kurang 1 sudu kecil)
3 pokok daun kesum

Cara nya

1.  Mesin/tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sekali gus.
2.  Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kuning.
3.  Setelah itu masukkan cili boh dan kunyit, dan tumis bersama bawang tadi sehingga pecah minyak.
4.  Kemudian masukkan ketulan ikan dan biarkan sekejap supaya mesra dengan bahan tumis tadi (supaya hilang bau hanyir ikan).
5.  Masukkan air, air asam jawa dan daun kesum. Tunggu hingga mendiddih baru masukkan garam atau perasa. Masak sehingga kuah mesra/pekat iaitu lebih kurang selama 20 minit (ikut jenis ikan). Rasa asam garam nya kemudian angkat.


 

Saturday 11 January 2014

RESEPI MAK TOK " SERUNDING "

1 biji kelapa parut - di goreng tanpa minyak sehingga berderai ( sangai)

Bahan kisar:

3 biji bawang merah 
1 biji bawang putih
2 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan manis
1 inci kunyit basah
3 batang serai 
1/2 inci lengkuas
2 sudu makan udang kering

Gula - ikut suka
Garam
1 helai daun limau purut
4 sudu makan minyak untuk tumis
Sedikit air asam jawa

Cara nya 

1.  Dalam kuali tumis semua bahan kisar hingga naik minyak.
2.  Masukkan gula, garam dan air asam.
3.  Kemudian masukkan kelapa sangai, kacau hingga sebati dan akhir nya masukkan daun limau purut.

Nota: boleh juga di masukkan daging kisar



RESEPI " DONUT "

Resepi yang Mak Long catat ini adalah resepi adik Mak Long yang bongsu (Mak Su). Suatu hari dia hidangkan Mak Long donut di rumahnya untuk sarapan pagi, bila makan Mak Long rasa hasil tangannya sedap dan lembut, lalu Mak Long minta resepi ni untuk di paparkan di blog ini supaya boleh di jadikan panduan untuk anak-anak saudara kami semua.

Bahan-bahan nya:

2  1/2 cawan tepung gandum
2 sudu margarin
1 sudu minyak masak
1 biji telor
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan air
1 packet yeast kering (11 gm) - gunakan hanya 9 gm sahaja

Cara nya:

1.  Panaskan margarin dan minyak sehingga margarin cair, kemudian sejukkan.

2.  Yeast di campur dengan sedikit air dan gula untuk mengaktifkan nya.

3.  Campurkan tepung, susu, margarin dan minyak yang di cairkan, telur, yeast dan air di dalam mangkuk.

3.  Kemudian uli sampai sebati sehingga adunan tidak lekat.

4.  Rehatkan selama 45 minit. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai supaya semasa mencetak doh tidak lekat. Kemudian leperkan dan cetak guna cetak donut atau buat gelang seperti kueh keria atau gunakan mug dan buat lubang di tengah.

5.  Goreng sehingga kuning.

Nota: adunan ini boleh digunakan untuk membuat roti/ pau goreng berinti sambal





Wednesday 1 January 2014

PANDUAN MUSAFIR (SAMBUNGAN) - RUKHSAH BERMUSAFIR

Nota ini adalah sambungan panduan bermusafir yang Long paparkan sebelum ini supaya ianya lebih lengkap dan mudah untuk kita laksanakan tatkala hendak bermusafir:

Rukhsah Semasa Bermusafir

Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia adalah sedekah daripada Allah untuk hambanya. Rasulullah bersabda, maksudnya: " Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia berikan untuk kamu." ( Riwayat Muslim). Di antara rukhsah tersebut:

1.  Mengqasarkan Solat

     Memendekkan solat fardhu empat rakaat iaitu Zohor, Asar dan Isyak menjadi dua rakaat sahaja.

2.  Menjamakkan Solat

     Melaksanakan dua solat fardhu sekali gus dalam satu waktu. Solat yang boleh dijamakkan
     ialah antara Zohor dan Asar, dan Maghrib dan Isyak.

3.  Tidak Wajib Solat Jumaat

      Antara syarat wajib solat Jumaat ialah bermukim. Seorang yang bermusafir tidak dianggap
      bermukim. Ibn Umar berkata," Tiada Jumaat bagi orang yang bermusafir, ( Riwayat Abdullah
      Razak).

4.  Tidak Perlu Solat Rawatib kecuali Solat Sunat Subuh

      Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang di lakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tetapi
      semasa musafir solat ini tidak menjadi sunat melainkan solat sunat qabliyyah Subuh sahaja.
      Begitulah sunnah Rasulullah.

5.   Solat Sunat Di atas Kenderaan

      Seorang musafir dibolehkan untuk menunaikan solat sunat dalam kenderaan tanpa mengambil
      kira arah kiblat contoh solat witir. Sa'id bin Yasar menceritakan: "Aku pernah berjalan dengan
      Ibnu Umar ke Mekah. Ketika aku terfikirkan bimbangkan masuk waktu Subuh, aku segera
      berhenti untuk menunaikan solat sunat witir dan mengejar beliau. Ibnu Umar bertanya :"Di mana
      kamu tadi?"." Aku menjawab, "Aku bimbang masuk nya waktu subuh. Jadi, aku berhenti sekejap
      dan menunaikan solat witir ". Beliau bertanya: " Bukankah Rasulullah teladan terbaik?".
      Aku menjawab:"Demi Allah, sudah pasti." Beliau berkata: "Sesungguhnya, Rasulullah sentiasa
      solat witir di atas unta nya". (Riwayat A- Bukhari dan Muslim).

[Sumber Majalah al- Ustaz]