musafir kita hanya kerana Allah dan sentiasa di bawah perlindungan serta pemeliharaan Allah.
ADAB SEBELUM BERTOLAK
1. Solat Istikharah
Rasulullah berpesan yang bermaksud " Apabila salah seorang daripada kamu berhasrat melakukan sesuatu , maka hendaklah dia solat dua rakyat kemudian berdoa dengan doa Istikharah." (Riwayat Al- Bukhari)
2. Bertaubat
Hendaklah sentiasa bertaubat kerana khuatir ia merupakan perjalanan terakhir.
3. Sediakan Nafkah
Sediakan nafkah secukupnya untuk keluarga.
4. Elakkan Bermusafir Secara Bersendirian
Rasulullah bertanya kepada seorang yang kembali dari musafir: " Siapa yang menemani anda? " Dia menjawab: " Tiada siapa pun". Rasulullah menjawab, seorang penunggang itu syaitan, dua orang itu dua syaitan dan tiga orang itu yang sepatutnya". ( Riwayat Ahmad , Abu Daud).
5. Semasa Berpisah
Hendaklah memaklumkan kepada saudara terdekat tentang musafir nya supaya mereka mendoakan kesejahteraan sepanjang perjalanan.
6. Doa Musafir:
Ummu Salamah menceritakan bahawa Nabi tidak pernah keluar dari rumah melainkan Baginda akan melafazkan doa ini yang bermaksud:Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu daripada menjadi sesat atau disesatkan, hilang atau dihilangkan, zalim atau dizalimi, tidak endah atau tidak diendahkan.(Riwayat Abu Daud).
7. Sunat Bermusafir Pada Hari Khamis
Rasulullah suka bertolak pada hari Khamis. (Riwayat al-Bukhari).
Menurut Imam Al-Zahabi, cara membaca doa ini menerusi amalan Ali bin Abi Talib r.a. ialah membaca "bismillah" sewaktu masuk dalam kenderaan, kemudian membaca "Alhamdulillah" apabila telah berada di dalam kenderaan, kemudian membaca doa di atas iaitu sebaik sahaja kita menaiki kenderaan untuk memulakan perjalanan.
ADAB SEPANJANG PERJALANAN
1. Laksanakan Rukhsah (qasar, jamak)
Nabi bersabda,maksudnya:Sesungguhnya Allah menyukai apabila kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia membenci kamu melanggar perintah-Nya. " ( Riwayat Ahmad )
2. Banyakkan Berdoa
" Ada tiga doa mustajab yang tidak syak lagi ; doa ibu bapa, doa orang yang musafir dan doa orang yang dianiayai. " ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud ).
3. Bersabar dan Berakhlak Baik
Semasa bermusafir, banyak dugaan dan cabarannya.Oleh itu, banyakkan bersabar supaya dipermudahkan urusan.
4. Bertakbir Ketika Mendaki dan Bertasbih Ketika Menuruni
Jabir menceritakan : " Dahulu apabila kami mendaki, kami bertakbir. Apabila kami menuruni, kami bertasbih. " ( Riwayat Al-Bukhari ).
5. Berdoa Sebelum Sampai Tempat Tujuan
Maksud Doa : " Ya Allah kamu mohon kepada-Mu kebaikan tempat ini dan kebaikan penduduknya.Dan kami berlindung dengan-Mu daripada keburukkannya, ahlinya dan segala yang di dalamnya.( Riwayat Al-Nasa'i )
ADAB KETIKA PULANG
1. Segera Pulang
Pulang segera sebaik sahaja urusan selesai.Tidak digalakkan pulang lewat malam.
2. Solat Sunat
Tunaikan solat sunat di masjid terlebih dahulu sebelum sampai ke rumah.
Rujukan Majalah Al-Ustaz
No comments:
Post a Comment