Wednesday, 1 January 2014

PANDUAN MUSAFIR (SAMBUNGAN) - RUKHSAH BERMUSAFIR

Nota ini adalah sambungan panduan bermusafir yang Long paparkan sebelum ini supaya ianya lebih lengkap dan mudah untuk kita laksanakan tatkala hendak bermusafir:

Rukhsah Semasa Bermusafir

Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia adalah sedekah daripada Allah untuk hambanya. Rasulullah bersabda, maksudnya: " Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia berikan untuk kamu." ( Riwayat Muslim). Di antara rukhsah tersebut:

1.  Mengqasarkan Solat

     Memendekkan solat fardhu empat rakaat iaitu Zohor, Asar dan Isyak menjadi dua rakaat sahaja.

2.  Menjamakkan Solat

     Melaksanakan dua solat fardhu sekali gus dalam satu waktu. Solat yang boleh dijamakkan
     ialah antara Zohor dan Asar, dan Maghrib dan Isyak.

3.  Tidak Wajib Solat Jumaat

      Antara syarat wajib solat Jumaat ialah bermukim. Seorang yang bermusafir tidak dianggap
      bermukim. Ibn Umar berkata," Tiada Jumaat bagi orang yang bermusafir, ( Riwayat Abdullah
      Razak).

4.  Tidak Perlu Solat Rawatib kecuali Solat Sunat Subuh

      Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang di lakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tetapi
      semasa musafir solat ini tidak menjadi sunat melainkan solat sunat qabliyyah Subuh sahaja.
      Begitulah sunnah Rasulullah.

5.   Solat Sunat Di atas Kenderaan

      Seorang musafir dibolehkan untuk menunaikan solat sunat dalam kenderaan tanpa mengambil
      kira arah kiblat contoh solat witir. Sa'id bin Yasar menceritakan: "Aku pernah berjalan dengan
      Ibnu Umar ke Mekah. Ketika aku terfikirkan bimbangkan masuk waktu Subuh, aku segera
      berhenti untuk menunaikan solat sunat witir dan mengejar beliau. Ibnu Umar bertanya :"Di mana
      kamu tadi?"." Aku menjawab, "Aku bimbang masuk nya waktu subuh. Jadi, aku berhenti sekejap
      dan menunaikan solat witir ". Beliau bertanya: " Bukankah Rasulullah teladan terbaik?".
      Aku menjawab:"Demi Allah, sudah pasti." Beliau berkata: "Sesungguhnya, Rasulullah sentiasa
      solat witir di atas unta nya". (Riwayat A- Bukhari dan Muslim).

[Sumber Majalah al- Ustaz]




     

No comments:

Post a Comment