Bahan-bahan nya:
3 cawan pisang yang telah di lenyek ( pisang yang boleh buat kuih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh soda bicarbonate
Sedikit saja garam untuk rasa lemak
Cara nya:
1. Lenyek pisang dengan alat pelenyek atau lenyek dengan botol yang berisi air.
2. Masukkan soda bicarbonate ke dalam tepung gandum.
3. Selepas itu masukkan tepung ke dalam pisang dan garam. Kacau sehingga rata dan perap sekejap dalam 15 minit supaya adunan kembang dan lembut.
4. Akhir nya goreng dalam minyak panas.
Nota: Di sini Mak Long tidak letak gula sebab pisang dah manis tapi kalau suka manis masukkan lah gula ikut suka. Kalau suka letak air sedikit pun boleh. Tetapi Mak Long tak letak air sebab soda bicarbonate dah boleh melembutkan adunan.
No comments:
Post a Comment