Wednesday, 15 January 2014

RESEPI MAK TOK "GULAI ASAM PEDAS IKAN PARANG"

Resepi ini terkenal di kalangan orang Johor. Kalau mereka berasal dari negeri Johor tidak tahu cara nak masak gulai asam pedas ini bermakna mereka bukan orang Johor asli. Cara masak mungkin ada berbeza sedikit di antara mereka ada yang tambah belacan dan lain-lain tetapi secara am nya semua orang Johor sememang nya tahu masak gulai ini. Kalau tak percaya pergi ke bandar Muar dan Batu Pahat memang banyak kedai makan yang menghidangkan gulai ini samada gulai asam ikan kembong, ikan mayung (terutama kepala ikan mayung), ikan duri, ikan merah dan lain-lain.

Resepi ini adalah resepi keluarga dan kami suka makan gulai asam ikan mayung atau ikan duri, sementah lagi kampung kami terletak tidak jauh dari Pekan Parit Jawa di mana nelayan laut mendarat di jeti Parit Jawa, Muar. Ini adalah resepi Mak Tok.

Bahan-bahan nya:

2  ketul ikan parang (badan nya)
1/2 biji bawang besar (bawang kecil pun boleh - )
3 biji bawang putih (besar)
1/4 inci halia
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan cili boh (pedas ikut suka - cili mesin sendiri lebih sedap)
3 1/2 cawan air
garam ikut rasa
air asam jawa (kalau guna asam extra lebih kurang 1 sudu kecil)
3 pokok daun kesum

Cara nya

1.  Mesin/tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sekali gus.
2.  Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kuning.
3.  Setelah itu masukkan cili boh dan kunyit, dan tumis bersama bawang tadi sehingga pecah minyak.
4.  Kemudian masukkan ketulan ikan dan biarkan sekejap supaya mesra dengan bahan tumis tadi (supaya hilang bau hanyir ikan).
5.  Masukkan air, air asam jawa dan daun kesum. Tunggu hingga mendiddih baru masukkan garam atau perasa. Masak sehingga kuah mesra/pekat iaitu lebih kurang selama 20 minit (ikut jenis ikan). Rasa asam garam nya kemudian angkat.


 

No comments:

Post a Comment