Friday, 31 January 2014

RESEPI: PUDING ROTI


Setelah Mak Long cuba resepi ni memang sedap dan mudah untuk menyediakan nya, apatah lagi bahan-bahan nya juga mudah untuk mendapatkan nya. Mak Long memang suka puding, bila dapat puding yang dapat memenuhi rasa tekak ini, amat puashati. Sebenar nya resepi ini Mak Long dapat dari Majalah Rasa kepunyaan Mak Su. Bila nampak resepi ini terus cuba dan hasilnya sangat puashati.
Resepi ini Mak Long ubah ambil separuh dari resepi asal kerana resepi asal terlalu banyak.

Bahan-bahan nya:

1   peket agar-agar jenis tali - ambil separuh sahaja
1   liter air
5   keping roti
250 ml susu cair tin (evaporated milk) atau santan pekat
125 ml susu pekat
60 gm gula
120 gm serbuk milo
1 biji telur
Secubit garam

Caranya:
1.  Didihkan agar-agar bersama air dan gula di dalam periuk.Biarkan sehingga larut gula nya.
2.  Satukan susu pekat bersama santan atau susu cair, telur, roti dan juga secubit garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
3.  Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau dengan api perlahan sehingga agak pekat dan angkat.
4.  Ambil lima senduk agar-agar dan bancuh bersama milo hingga hancur.
5.  Sediakan bekas atau loyang masukkan agar-agar yang berwarna putih berselang seli dengan perasa milo.
6.  Biarkan sejuk sebentar dan masukkan dalam peti sejuk dan potong.

NOTA: resepi asal guna santan pekat
   

                                    

No comments:

Post a Comment